Tuesday, March 16, 2010

Sebelum aku menginjak kegerbang pekahwinan..aku ni kira ramai peminat lah jugak..sbb dulu badan cm kerengga..dan ramai fan..cuma masa tu lum ada lah fan club macam sekarang..mawi fan club la..marsha fan club..kalau zaman aku tu ada mesti wow meletupla..
Walaupun ramai pemuja dan peminat bila berumahtangga ikut pilihan mak ayah..kami berkahwin then baru bercinta..sehingga kini hampir 18 tahun gerbang usia perkahwinan kami..dikurniakan 4orang cahaya mata..3lelaki dan seorang jer..perempuan..Namun aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan..kami bahagia..belum pernah meletus perang...apatah lagi curiga mencurigakan..

Tapi biasalah..dalam kebahagian diharungi..bohongla kalau tiada badai yang melanda..tapi bukan badai gelora kerana perkahwiinan..12 june 2007 aku dikejutkan berita tentang penemuan kanser payudara ku..mula2 tu rasa cuak juga.sbb takda pun keturunan...tak rasa sakit..normal jer..tapi bila disahkan dengan xray dan mamogram..stage ke3.ermm..dengan senyum dan penuh debaran aku melanglah keluar dari bilik doktor dan aku terus keperpustakaan negara mencari bahan rujukan..hampir setengah jam jer..dah jumpa apa yang perlu ku tahu..aku pun memberanikan diri menghubungi suami tersayang..dengan getaran suara menahan sebak..suami ku pun tak banyak berbicara..tapi dapat kugambarkan airmukanya yang sedih..

Sementara menuju perjalanan pulang..berbagai gambaran bermain difikiran..bagaimana ingin memaklumkan kepada keseluruhan ahli keluarga..debaran semakin terasa..takut?kanser???kenapa dan mengapa?
Namun setelah kusematkan didalam hati..aku harus tabah,kuat dan bersemangat menerima dan menghadapi apa yang telah ditentukan Nya..ya..Dia menentukan segalanya..setiap apa yang berlaku adalah kehendakNya dan banyak hikmah disebaliknya..Takan aku pasrah...takan aku mengalah..

Ya Allah sekiranya apa yang berlaku adalah kerana dosa-dosa yang kulakukan aku redha..maka kau terima lah taubatku..Berilah aku kekuatan dan kesabaran untuk menerima segala apa yang telah Kau tentukan..Aminnn



suara hati..

salam..

ini pertama kali menulis diblog..klu dulu masa zaman remaja dah perrnah menulis dan ada gak lah hantar kemajalah dan paper..masa tu tahun 1983 dan 1984.
Cerita biasa kisah remaja..yang nakal dan cute..yang menyentuh perasaan tu tak lah melayan sangat..tapi kalau dah dapat menulis.hishh rasa payah pula lak nak berhenti..